Bandar Tanah Merah mula berkembang apabila perahu-perahu yang lalu di sepanjang Sungai Kelantan singgah untuk berdagang di Pekan Bukit Remah. Pekan tersebut terletak di tebing Sungai Kelantan.
Lama kelamaan tumpuan orang ramai mula beralih ke suatu kawasan yang letaknya 3 km ke utara yang sekarang ini merupakan bandar Tanah Merah.
Bandar berkenaan menjadi lebih berkembang dengan wujudnya laluan keretapi dan seterusnya stesen keretapi. Terdapat laluan - laluan utama dan Jalan yang menjadi tumpuan penempatan bangunan utama kerajaan serta ke pusat bandar adalah:
- Jalan Tanah Merah-Pasir Mas (dari Cabang Kg.Jelatok ke Bandar Tanah Merah) sepanjang 3.25 km
- Jalan Tanah Merah-Machang (dari Bandar Tanah Merah ke Jalan Machang-Jeli)
- Jalan Jedok (simpang Jalan pintasan ke Bandar Tanah Merah).
No comments:
Post a Comment